4/09/2011

Kau pasti tak akan KERING GUSI!!

Yep! Kau pasti takkan kering gusi pabila membaca post ni! Hehe!

Kalau rasa macam tak lawak, tak payah baca.

Amoi Cantek
Suatu malam, gopal balik dari brmain futsal.... jam menunjukkan tepat jam 12 tgh mlm. dlm perjalanan balik, gopal bersiul2 kecil sambil menunggang motor utk menghilangkan rasa takutnya. tiba2 gopal terserempak dgn amoi cantik.. oleh krn x mahu hilang peluang dan krn amoi tu tlalu cantik, lalu gopal pun berhenti utk menumpangkan amoi tsebut. gopal; hi amoi.. mau pg man? mau pulangkah? amoi; ye bang.. nak pulang tp blum ada bas yg lalu. gopal; nak tumpangkah amoi cantik? amoi; kalau sudi apa salahnya lalu gopal pun menumpangkan amoi tsebut. ttp, tiba2 gopal terhidu wangi bunga yg amat sangat, lalu teringat pd crita seram rakannya mengenai bunga tgh malam.. lalu gopal pun memecutkan motor nya... tiba d satu tmpat, gopal bhenti utk menurunkan amoi itu..ttp alangkah terkejutnya gopal, amoi tsebut tiada d belakang..lantas gopal terpengsan... ttp d suatu tmpat; amoi; bodoh punya lelaki.. blum sempat aku naik, dia dah pecut.. cmana mau naik?

Lelaki Handsome vs Lelaki tak Handsome
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?

Kebun nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Ele..Trick!

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

0 babbles (comments):

Post a Comment